Terms

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca syarat-syarat ini. Sesungguhnya kami sangat menghargai. Saya juga berhak untuk mengubah syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.


 CENDERAMATA

1. Sebarang tempahan hendaklah disertakan dengan deposit sebanyak 50% dari jumlah tempahan. Jika tidak, stok tidak akan di simpan untuk anda. Baki bayaran hendaklah dibuat sebelum penghantaran/semasa penghantaran.

2. Setiap artwork yang di hasilkan oleh kami, tidak akan di kenakan bayaran melainkan pihak anda melakukan sebarang pertukaran yang melebihi 3 kali dan selebihnya akan di kenakan bayaran tambahan RM10 untuk setiap pertukaran.

3. Deposit tidak akan di pulangkan, sekiranya pembatalan tempahan oleh pelanggan. Deposit hanya akan dipulangkan jika pihak kami yang membatalkannya

4. Sebarang kesalahan artwork yang berlaku selepas di cetak, tiada ganti rugi akan di berikan. Sila semak dengan teliti setelah artwork dihantar kepada anda. Pemulangan pesanan juga tidak dibenarkan. Sila buat pilihan dengan tepat

5. Bagi penghantaran menggunakan pos laju, anda boleh memilih untuk item di insurankan dengan cas tambahan RM11 (insuran CG). Setiap item yang pecah akan mendapat ganti rugi secara tunai. Jika tidak di insurankan, setiap item yang pecah, tidak akan mendapat ganti rugi.

6. Tempahan hendaklah dibuat selewat - lewatnya 3 ke 2 bulan dari tarikh penggunaan. Tempahan saat akhir akan dipertimbangkan mengikut keadaan semasa.

7. Setiap harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran. Melainkan telah dinyatakan


KAD KAHWIN

1. EMAILKAN ARTWORK

2. DEPOSIT
Pembayaran artwork RM50 sebagai permulaan ke akaun kami.

3. PROSES DESIGN
Design kad kahwin akan disiapkan 2-5 hari bekerja.

4. SEMAKAN/PEMBETULAN & DEPOSIT KEDUA
Pelanggan hendaklah menyemak kad kahwin dan beritahu kami jika ada kesalahan. Pembayaran 50% perlu dibuat sebelum proses mencetak.

5. PROSES CETAKAN
Mengambil masa 1minggu waktu bekerja selepas pengesahan artwork anda.

6. BAYARAN TERAKHIR
Dibayar bila pengambilan kad kahwin anda.

** Deposit RM50 ditolak pada total kad kahwin anda.


Cara Pembayaran

Bank Transfers/Cash Deposit payable to:


Nota : Account No. will only be given after your order is confirmed